Wednesday 8 April 2015

Harry Potter Universal Studio Japan



Harry Potter di Universal Studio Japan telah pun dibuka Julai lalu. Semua peminat -peminat Harry Potter termasuk saya pasti takkan lepaskan peluang untuk melawat replika Hogwarts dan Hogsmeade.Dah siap- siap beli tiket Universal Studio Jepun dekat JTB Malaysia.(jimat waktu q dan mungkin save sikit from currency exchange) Rm232
 

Yang penting masuk je USJ terus dapatkan "time slip" disebabkan semua nak melawat kawasan Harry Potter so mereka akan khas kan waktu yang pelawat boleh masuk. Time slip bole amik dekat kawasan Harry Potter ( berdekatan dengan Jaws) nampak kawasan batu -batu tu pergi ke mesin, ada staff yang akan printkan time slip.( Kena tunjuk tiket lagi sekali)
Kami datang 9:25 am pun dapat time slip 12:20 tghhari.

so kami pun pergilah jalan- jalan  dulu. Feb - Mac mmg hujan yer. Masanila USJ buat sales dr raincoat. Nak jadi spiderman,snoopy,elmo pun boleh


Kami habiskan masa dengan q untuk Terminator lepas tu cukup waktu terus pegi kawasan Harry Potter. Entrance dia di sebalik batu- batu. Tapi yang ampun, ramainye "muggles" rasa rimas pun ada. Masuk kedai berselisih bahu ni.
muggles swarming hogsmeade





Jangan lupa try "butterbeer" ada pilihan nak sejuk atau panas . Termasuk pilihan nak beli mug sekali atau cawan pakai buang biasa sahaja. Harga 600 yen atau 1100 ( untuk mug sekali). Jangan risau , minuman ni "non-alcoholic" ala macam rootbeer je... tp yang versi sejuk lagi better dari yang versi panas.Yang panas tu rasa halia sangat hahaha
2pm oppar pun enjoy minum butterbeer.




Harry's wand

hogwarts
Dalam Hogwarts ni ada rides..masatu waiting time 180 minit rasanya...haa punyala ramai org. Tapi jangan risau penakut-penakut rides still bole masuk jalan - jalan dalam hogwarts. Yang ni takde waiting time. Memang menarik ,ada office Dumbledore, Hall yang penuh gambar2 interaktif oh  kat sini Harry , Hermoine and Ron cakap bahasa Jepun yer.
















Keluar je dari Hogwarts jangan lupa singgah ke tandas untuk berjumpa
hantu si Moaning Myrtle (yang bercakap jepun haha) . selalu kat dalam mall or hotel jepun tandas mesti ada washlet lol tapi kat USJ ni takde.


moaning myrtle is here





Dah alang2 datang kenalah beli atleast 1 souvenir...so paling murah jumpa 600 yen. Stoking Gryffindors



Memang menarik tapi sebab ramai sangat orang macam rimas sikit. rasanya musim  lagi ramai kut...hujan , sejuk2 pun ramai. kami pegi hari isnin tu.kalau weekend tak taulah.
Stesen terdekat : Universal City  
Sepatutnya ada tren customized dengan Harry Potter deco tapi sebabkan kekangan masa dan tak dapat nak check bila jadual tren tu kami naik tren biasa sahaja.  

Tips :  
1. Terus pegi amik Harry Potter slip time bila sampai / Q for Harry Potter's slip time once you enter USJ
2. Tak payah susah2 beli souvenir dekat dalam kawasan Harry Potter sebab ramai orang. Souvenir shop selepas main entrance ada semua koleksi souvenir termasuk Harry Potter  / Rather then exhausting yourself with other muggles for souvenir inside Harry Potter area ,you can shop the same souvenir at the Main entrance shop.
3. Pastikan check waktu cuti sekolah /holiday jepun untuk elak lebih ramai orang. Double check Japan 's school and public holiday.
 
 Kompilasi tarikan interaktif di HP jepun 




No comments:

Post a Comment