Friday 11 September 2015

Venice

Venice ni sebenarnya option dalam Kelana Convoy tapi alang2 dah sampai takkan duduk campsiteje.
Kat sini dah terasa panas summer dan dah kena apply sunblock dah.
Campsite Fusina ni betul-beul tepi laut dan jalan kaki je nak pegi jeti ke Venice

Campsite tepi laut
Fasiliti :
Wifi berbayar, shower air panas percuma dan kemudahan mesin basuh dan pengering disediakan dan banyak. Satu kali basuh 4 euro ,kering 4 euro.  Kami memang basuh baju di sini, sesiapa datang solo tu kongsila2 dengan orang lain dpt gak jimat duit, masa keringkan baju terus combine dengan campmate so sorg 2 euro sahaja. Tapi memang kering, kuar2 mesin je panas. Disarankan bawa detergen serbuk untuk langkah2 penjimatan.
Terdapat juga pub di sini so malam tu mmg dengarla dorg jamming lagu Nirvana , Oasis etc 90's rock...tp dah penatle tu bising2 lagu come out n play pun i boleh tidor jugak...lol
Jeti ke Venice. Return 9 euro
Hari tu kami makan cekodok /cucur untuk breakfast. Hari ni lunch belanja sendiri. 
Gondola untuk 6 org= 90 euro. Kami pun pakat2 lah berkongsi untuk naik gondola.
Bak kata krew KC kalau kat Venice ni tak sah kalau tak sesat sebab lorong2 kecik dia memang mengelirukan.  Sampai kat square kena ingat dari sudut mana kita datang.Dekat sini juga banyak pencopet so kenalah berhati2.



Kagum juga dengan pekan atas laut ni

Pengemudi Gondola kami ni tidak pula menyanyi , bak kata krew kalau kami hulur duit mungkin dia akan menyanyi ...hahaha takpela kami semua jimat.
Krew KC mencadangkan tempat untuk KC tapi bajet dia dalam 15 euro....takpela rasanye kenyang lagi..
Tapi kawan2 yang makan tu kata sedap tambah lagi Spagheti Fruiti Di mare * berasaskan buah- buahan.
Disebabkan salah sorg dari kami, Zafran  pernah pegi ke Venice dia mencadangkan untuk ke Burano Island. Tiket ke sana sama rega bajet makan tadi untuk pergi balik 15 euro. Untuk kejar masa kami ber6 pun explore keliling Venice ke port Nove - Burano. Berpeluh gak , sempatla beli Gelato tengah panas ni.
Yang best tu tgh duk carik jalan tetiba jumpa kedai halal...hahaha dekat lorong  Barberia rasanya...tp beli air mineral je...sebab takut terlepas feri.


sini pun ada tower senget juga

Istana

kawasan hot untuk pencopet sila berhati2

Bridge of sigh adalah laluan terakhir banduan sebelum dihukum..sigh..get it get ??lol . Salah seorang banduan yang pernah dipenjarakan di sini ialah Casanova

Burano
Semua bangunan dia warna warni, banyak jual laces kalau berminat.

Burano dan lagi 1 bangunan senget




pelbagai perisa gelato
terpaksa letak beg kat depan takut pencopetkan
Anyway sebab sini tengah2 lautkan so makanan dia mahal...kat rom murah sikit makanannye termasuklah Gelato. Oh saya lunch gelato nutella je sebab dah tau balik akan dapat makan nasi lemak !!...  Nyam nyam my favorite kalau suruh buat review makanan yang KC masak, Nasi lemak paling best...siap tambah 2 kali lagi.

Next----> Rome

1 comment: