Friday 24 June 2016

Seoul Spring 2016 and DMZ tour




Ok sekarang dah musim panas dah tapi nak throwback Trip musim bunga  bulan April yang lalu.
Nak dijadikan cerita, beli tiket ke Seoul one way sahaja masa sales semata2 nak tgk bunga cherry blossom ni . beli  date 11 April sekali semua Cherry Blossom festival habis 10 April. tapi takpe bunga masih ada lagi waktu tu.

Disebabkan dpt baucer hotel dari KTO ( terima kasih KTO) dapatlah duduk hotel Ritz Carlton 2 malam. So sebab jarang duk hotel 4* kan ajakla ayah sekali nak bagi dia merasa ke Seoul.



Day 1
Flight 8am- sampai  Incheon 3pm -imigresen ,bag 4 dah rugi separuh hari  (sebab tula tiket murah)
Naik bas airport  jalan jem sampai hotel dalam 6pm.
Malam melawat Banpo Bridge (naik cab sebab bersama senior citizen)


Day2

Dmz tour (pickup di Ritz Carlton) . Disebabkan ayah bekas,kita pun buat tour tema askar . Kena plak masa ni Descendants of the sun (Dots) tgh tayang i pun berminatlah jugak haha.
Untuk DMZ tour kena book dengan mana2 agent , trip individu tidak dibenarkan. Masa pegi matta fair dpt quotation dr Sally Tour. Per person 36,000 won  (half day).
Bayar cash on the bus dan bercampur dengan semua foreigner yang lain.  Untuk melawat DMZ kita hanya akan meninjau sempadan Korea Utara di observatory, tetapi kalau berminat menjejak kaki ke Korea utara dan melihat askar Korea Utara dan Selatan berada di 1 tempat sila ambil pakej Panmunjeom JSA. Boleh combine DMZ + JSA untuk 1 hari tour. Dmz bermaksud Demilitarized Zone , kawasan di bawah UN bersempadan dengan Korea Utara dan Korea Selatan. Kesemua pelawat hendaklah membawa passport , seorang askar akan menaiki bas untuk memeriksa passport , semua pelawat hendaklah menanggalkan topi dan cermin mata hitam. Bunyi tense sgt kan...waktu askar tu naik bas , nak je cakap "salute "ala drama dots tapi nanti kena halau plak sebab tak serius haha so "dankyol" /salute dalam hati jelah


DMZ tour akan melawat tunnel ke3 yang digali Korea Utara. Agak dalam ,kalau tidak fit turun terowong sikitjelah. Penat. Peserta akan diberi topi keselamatan kuning ala engineer sebab makin lama makin rendah terowong so  peserta tinggi or omputeh mmg kena tunduk kalau taknak terhantuk kepala. Kami pergi separuh terowong je  ( tiada gambar sebab kamera n fon kena simpan dlm locker) aku plak jenis lurus n mengikut peraturan kan... heyy gmbr askar pun tour guide tak bagi tangkap ..dia kata dari atas bas bolehla tp itu pun jangan sampai dorg perasan.

Half day tour : Hotel pick up - Imjingak Park - The Bridge of Freedom - The 3rd Infiltration Tunnel - DMZ Theater/Exhibition Hall - Dora Observatory - Dorasan Station - Unification Village (pass by) - Amethyst/Ginseng Center - Arrive at City Hall/Itaewon
(must bring passport, no cap and sunglass during passport verification )
website : http://www.seoulcitytourinkorea.com/



The tracks is ready but at the moment there is no service to Pyeongyang so this sign is a symbolic wish
Boleh juga menaiki tren Korail untuk pakej DMZ tp ianya hanya berhenti di Stesen Dorasan .

no photo beyond the yellow line

Boleh observe kawasan Korea utara , lucu juga mendengar cerita kedua dua pihak utara dan selatan berlawan membina tugu bendera di kawsan DMZ ( berlawan-lawan membuktikan tugu negara siapa yang lagi tinggi) company Korea selatan juga ada membuka kilang di kawasan DMZ dan pekerja Korea utara boleh dtg untuk bekerja. Company akan bayar cash dan juga menghadiahkan Choco Pie kepada mereka.Disebabkan choco pie tiada di Korea Utara,,ada yang seludup dan jual di black market. Tapi untuk masa ni operasi kilang ini telah pun diberhentikan kerana hubungan yang kembali tegang . Sebab itula dalam dots, Captain Yoo bagi Officer Ahn choco pie walau macam tak logik je kan hahaha

souvenir


Habis tour kami diturunkan di Itaewon , terus kami solat Zohor dan lunch di Eid.






















Melawat War memorial ( tema tenterakan) berdekatan Itaewon . naik cab 3400 won..fare start dr 3000won (penat mendaki masjid naikla cab)
 Nearest subway : Samgakji

sebelum pulang ke hotel melawat taman berdekatan Jamsil

Seokchonhosu Lake

Nearest subway : Jamsil ( lotte world)
kelopak jatuh ke tanah pun cantik

Balik hotel tgk dots lagi lol (rating 34% kan , kbs asik ulang tayang je)

Day 3 Check out hotel,pindah ke realiti marhaen ke Boa guest house.( will write separate post later)

Melawat nandaemun , myeongdong, istana Gyeongbukgung (warga emas 65 tahun ke atas percuma)

Dots craze all over nandaemun


Coffee uyu

Pagi sempat buat solo trip sebab dah kat Gangnam , tak sahle kalau tak pi favorite company JYPE, The street , sempat bg hadiah pada Khun (Nutella customized to Khun's name. Pukui 9 tak bukak lagi tp staff bagi masuk tangkap gmbr.



HBD KHUN lol




CNBlue infront of FNC

Malam - melawat Yellow cafe  hasil produk Company Binggare yang terkenal dengan Banana Milk / banana uyu di Hyundai Mall.(will write separate post later)

Day 4- N-Seoul tower
Naik cab ke cabel car. Warga emas berumur lebih 65 tahun akan diberi diskaun untuk tiket cable car.
ofcourse peminat drama tau ini lokasi My Love From the star , beria Cheon Song Yi nak letak lock kat sini.  Lagi satu cable car untuk scene Boys over flower, Gu Junpyo dan Jandi date di sini.


dah kurang dah cherry blossom
Ayah kata ni tempat drama aku bukan bimbo hahaha

tulip pun ada


Day 5

Balik malaysia sudah. Dekat Incheon  Airport ada kedai halal (Nimat). Terletak di Food Empire - nearby gate 118.  Kami order nan share 2 org



9500 won , large portion enough for 2 pax/ Nimat halal restaurant Incheon Airport
Overall ada juga tempat tak terpergi , ada tiket korail free tp sebab kekangan masa dan tgk ayahanda pun dah penat naik subway semua ni,takpela maybe next time.Tapi yang penting  dapat tgk cherry blossom.




3 comments: