Tuesday 9 August 2016

Sapporo - Otaru

Kebanyakkan attraction kat sini semua dekat dekat ngan Sapporo Station .




















Berjaya masukkan semua beg dalam locker 500yen ( kongsi berdua 250yen)

hehe singgah Bic Camera sekali ada section cheap Seiko....elok pulak mmg takde jam sejak rosak berapa bulan dah ...asyik tgk jam kat phone je- belilah 1..bawah rm40 plak tu,. Untuk dpt harga tax free kena beli minimum 2500yen. Kakak beli Gshock 5000 yen oklah dah lepas dah. Kalau pakai kad visa , dpt lagi diskaun 5%. .

Halal Ramen (Ramen Horyu)
Subway :  Susukino

Kami pakai GPS je tapi yang buat confuse sikit sebab kedainya dalam bahasa Jepun dekat luar  takde nampak halal. Kami try je masuk tanya ...sekali terus nampak sign page Halal Media Japan.(HMJ)

Dekat sini dorg akan pakai spesifik pinggan dan mangkuk untuk Muslim ( dilabel hijau)







Lepas makan kami singgah Laox , ada souvenir halal.
Kemudian kami pergi ke stesen Kita Juni Jo untuk solat di Masjid Sapporo ( banyak kedai halal di sekitar sini juga). Seperti biasa on GPS sahaja.Dekat je dlm 5-7 min dah sampai


lepas tu balik ke Sapporo kami ke former govt building.


Kami hantar beg dulu ke rumah sewaan airbnb yg berada di Kotoni. (sebab tuan umah biar pintu tak kunci ) pun boleh! tp sebab sini Jepun-selamatla kut takde org nak curi. Malam tu kami keluar balik ke central Sapporo.


Kami boleh jalan pusing2 1 hari ni sebab beli Otaru tourist pass ( akan dpt unlimited Subway ticket untuk 1 hari) boleh pakai bila2. Tapi kalau untuk ke Otaru yang tu tiket dah print siap2 tarikh travel.

Otaru.




Nak gak makan ketam last day...kaki pun jadik lol


Sebab hari ni hari terakhir di Jepun abiskan duit untuk rainbow tower.

Tips : kalau jalan waktu summer sila amik option cup sebab cair cepat sangat berlemuh yong makan. Kalau winter lambatla cair.Dekat sebelah kedai aiskrim ada kedai kaca.Kagum tu ada cawan yang boleh berubah warna ikut suhu.


Tak sah kalau tak pergi Music Box museum.Pelbagai koleksi ada


Otaru pun ada masjid tapi kami tak pergi. Solat di umah sahaja

clock tower sapporo
Clock tower ni dah macam yang dalam Back to Future dah rasa.
Balik dah
Flight pukui 9:20 am, kami dah siap2 amik 1st subway untuk ke airport. Sekali flight delay ..sejam delay. mulalah nak terbeli apa yang ada kat airport tu. Cheesecake Letao siap dengan freeze bag.


Dalam flight breakfast Bibimbap plak

Hokkaido , insyaAllah bila2 boleh repeat ( Sapporo jelah) bila i tergedik nak rasa salji nonstop




Travel Recommends Pocket Wifi



Waktu ke Hokkaido haritu , sebab pergi berdua untuk penjimatan lebih kami sewa pocket wifi.
Tambah lagi sebab Travel Recommends ada promosi RM13 sehari untuk area Jepun . (Korea pun sama) Rm13 kongsi berdua , RM6.50 sahaja sehari.

Kami carik guesthouse kat Hakodate senang je on GPS. Takdela penyesatan berlaku bila dah ada data internet. Nak google translate tanya isi onigiri pun aman sikit hidup.

Asahikawa, Sapporo semua line ok  ( pakai line Softbank). Kat Sapporo tuan umah takde wifi, pakai pocket wifi TR ni je ...siap habisla tengok 2 episode Uncontrollably Fond  takde ganguan hahaha.

on the way ke Wakkanai dalam train ada area yg  tak dpt line . Memang hutan banatla tu....hehe.Tapi turun je pekan Wakkanai takde problem .



Nak sewa ni mmg kena bayar deposit ituje, (kalau kita terhilang or rosakkan) . Alhamdulillah berjaya pulangkan dan dpt deposit balik.

Tempat pickup pocket wifi kat Klia2 dekat Capsule Hotel .

Kalau ada promo lagi bolehlah sewa lagi, website: travelrecommends



Wednesday 3 August 2016

Wakkanai - Cape Soya




 

The northernmost point in Japan. It is said that you can see Russia in clear weather. Well since it is dark and gloomy we dont see Russia. 
Bus fare ( from JR Wakkanai/ station terminal)  : 2500yen (return)
Must be aware on the bus time table due to low frequency (refer photo below).
Cape Soya stop is "Soya Misaki". Please go to the opposite road bus stop sign(near souvenir shop) to go back to JR Wakkanai



Sebab dah ada pass kami pun terus panjangkan langkah ke bahagian utara yang paling hujung iaitu Cape Soya. Frekuensi bas agak kurang tapi tempoh 50 minit (jadual bas ke JR Wakkanai) cukup untuk tangkap gambar dan pergi ke monumen2 yang terdapat di Cape Soya. Bersebelah bus stop terdapat kedai souvenir dan buku nota untuk pelawat2 menulis sebarang catatan.

Kami sampai di Wakkanai dari Asihakawa pd pukul 12:40 tghhari, letak beg di hotel dan beli tiket bas ke Cape Soya pukul 13:20pm. Sampai di cape soya 2:10pm. Kami balik ke Stesen Wakkanai menaiki bas 3:01pm kalau tak naik bas ni , next bas jam 5:46pm

Monumen yang paling impact adalah monumen memperingati mangsa pesawat komersil Korean Air yang ditembak pada tahun 1983. ( lebih kurang sama dengan MH17- Al-Fatihah)




Mengikut bacaan Wakkanai juga bermaksud/hampir sama bunyi dengan " saya tak tahu" dalam bahasa Jepun. so kalau org tanya  nak pergi mana ? kita jawab Wakkanai mungkin org akan tanya 2 ,3 kali sebab apsal tak tak tau plak....dalam bahasa jepun luculah hahaha.




Wakkanai Breakwater Dome
Jalan kaki dari stesen JR Wakkanai . Dikatakan untuk melindungi Wakkanai dari ombak tinggi dan angin.




Sign dalam bahasa russia


Wakanai Sun Hotel - Lesson learnt
Lokasi : 2 min dari  JR Wakkanai
Browse  Agoda pakai mobile website, nampak bilik rm230 eh murah ni kalau share 2 orang dahla lokasi best. Tapi bila dah book tgk person (1)tp tulis bilik max 2person....nak call agoda cs ni mahal...nak email hotel tanya,,tak jumpa plak email.. 
last2 pergi kat manage booking ,pretend tulis gak dekat bahagian request nak highest floor. Dekat note tulis pembetulan booking ni untuk 2 org  . tapi takde respons  ingatkan okla kut ni mmg harga bilik 2 org.
Sekali reception tu ckp sorry harga tu per person haha hadui. nak cancel, card payment dah tolak dah. Kena tambah kalau nak duduk berdua. nak tak nak tambahla duit. Takpela next time kena hati2 lebih tang price tu. ingatkan harga per room.  
Ikutkan boleh gak balik ke Sapporo train 5pm tp jenuh plak nak  cari tempat tido malam2.
Staff hotel  hantar kami ke lift , sebelum pintu lif tutup dia cakap sorry. haha ok salah aku gak tak call cs confirm kan? . Tapi mmg dpt la as per request  tingkat paling tinggi dan boleh view laut dan Dome dari tingkap.
Bilik  besar dan tatami pun selesa in conclusion sesuaila dengan harganya (sedapkan hati).



Kali ni train ke Sapporo 7am ,  pukul 6 kami pun pergi ke market Wakkanai(sebelah JR) takde dalam plan tapi sebab dah terbangkit awal pergijela jalan2.(subuh habis kui 4 kan) . Aiseh sekali kat depan tulis pukul 9am...kontrastla dengan operation hour market hakodate.





Dekat JR Wakkanai pun dah dilabel landasan terakhir di bahagian utara.



Anyway kalau tak bercadang pergi daki gunung, balik hari pun boleh Wakkanai  ni.